06 January 2013

mengukur mata keris

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, nak cerita tentang keris lagi...Mengikut dari maklumat yg saya baca, ada beberapa kaedah untuk mengukur keris. Antaranya adalah mengguna ibu jari dan daun mcam daun pandan atau kelapa.Cara menggunakan ibu jari adalah seperti ini. Hunuskan keris dari sarungnya, pegang mata keris dgn bahagian hulunya mengarah ke perut.Letakkan ibu jari tgn kiri melintang dekat pangkal mata keris. Pastu gilir-gilir dengan ibu jari kanan sampai hujung.Kalau yang terakhir adalah ibu jari kiri, dikatakan keris tersebut bertuah utk tuannya, dan sebaliknya.


Mengikut dr maklumat guru saya juga, ada kaedah mengukur keris sama seperti td menggunakan ibu jari tetapi menyebut perkataan bismillah..iaitu dibahagikan kepada bis, bismi, dan bismillah... jika jatuh pada bis, maka ukuran keris tersebut tidak sesuai untuk tuannya. Maka, perlu mendapatkan keris yg panjang sikit daripada keris td. Jika jatuh pada bismi dan bismillah, maka berkemungkinan ukuran mata keris tersebut bersesuaian dengan tuannya... Wallahualam...

05 January 2013

siapakah jejaka kacak ini?



Siapakah jejaka kacak diatas?.Jejaka tersebut bernama Arung Palakka La Tenri Tatta Petta  Malampee Gemme’na atau lebih dikenali dengan nama Arung Palaka. (Fuh!semput baca nama dia).Beliau adalah Hasil perkahwinan seorang putera raja Bugis, iaitu We Tenri Sui' Datu Mario ri Wawo dengan seorang bangsawan Soppeng yg bernama Pattobune dan lahir pada 15 September 1634. Arung Palaka adalah putera kedua dari 6 adik beradik.Beliau juga telah berkahwin dgn seorang puteri raja tetapi tiada anak, tetapi mengangkat anak saudaranya menaiki takhta.

Apakah yang istimewa dengan Arung Palaka ni.Hmmm, mengikut satu cerita yang saya tau, berkemungkinan Arung Palaka ni dikira macam moyang kepada 7 raja Bugis yang datang ke tanah melayu dulu. Iaitu Daeng Marewah, Daeng Celak, Daeng Parani, Daeng Mempawah, Daeng Kuning dan Daeng Jalak. Seperti yang kita tau, Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman adalah dari keturunan Daeng Kuning. Arung Palaka mempunyai keistimewaan iaitu handal bermain parang 2. Arung Palaka merupakan salah seorang 7 wali Pitue dari Sulawesi Selatan. 



7 Wali Pitue masyarakat Sulawesi Selatan.



Makam Arung Palaka.


Makam Arung Palaka dari dekat..Kat sebelah tu makam isterinya.






04 January 2013

Lok

Bila cakap tentang keris, jd semangat sikit sbb banyak-banyak senjata dalam silat, aku paling suka keris. Walaupun dia kecil, tp berbahaya..tapi dr mana asal usul keris kan. Banyak-banyak cerita pasal keris, tapi ada satu ni nak kongsi.

Salah satu dari cerita tu adalah, keris telah diperkenalkan oleh seorang raja beragama hindu yg bernama Sakutram. Sakutram lahir bersama sebilah keris dan nama keris tu adalah Keris Pasopati. Satu lagi perkara menarik adalah wayang-wayang kulit Jawa yg dimainkan pada abad ke-14 telahpun mengenakan keris.

Mengikut dr seorang sejarawan barat, G.B. Gardner (1936), bukan roti Gardenia, telah mendapati bahawa asal Keris Majapahit sebenarnya dtg dari bentuk sengat ikan pari, sama juga dengan keris-keris lain. Die cakap kalau sengat ikan pari ni kita buang bahagian pangkal, pastu kita balut dengan kain, kita dapat pegang antara ibu jari dengan jari lain sebagai satu senjata..(heheheh, pasni kalau pergi mancing jangan buat camni dah la).

Pastu seorang pakar keris G.C Griffith Williams (1937) cakap keris ni sebenarnya dicipta masa abad ke 14& 15 untuk senjata orang Majapahit. Orang putih pon berminat dengan keris ni, takkan Melayu nak tengok je kan, tak nak belajar. Antara punca kenapa keris dibuat masa tu sebab lembing yang dorang guna x fleksibel, susah nak bawa mana-mana. Sebab tu dorang cipta keris nie. Pastu, masa tu besi susah nak dapat, jadi dorang kadang-kadang pisahkan mata lembing dari tangkai untuk dijadikan senjata.

Antara nama-nama keris adalah:

1) Keris Majapahit- keris paling tua digunakan sejak abad 14.
2) Keris Picit- ada mata sgt nipis serta lebar yg terkesan dgn bekas picit ibu jari kononnya telah ditempa oleh    orang pertapaan.
3) Keris Alang @ Keris anak Alang- jenis keris Sumatera (keris panjang) yg ada mata sederhana panjang.
4)Keris Andus- keris sundang yang ada lebih dari 20 lok.
5) Keris Apit Liang- Keris sundang yang ada 5 lok.
6) Keris Pamor- mempunyai mata berpamor.
7) Keris Berlok @ Keris Anak Alang-matanya berlok.
8)Keris Besi Bari-  matanya tidak berpamor tp mempunyai muka yang kasar macam kertas pasir.
9)Keris Bertulis- matanya bertatah dgn tulisan dari logam.
10) Keris Buah Beka- ada mata macam rangka buah petai. lebar, dan bulat dihujung.
11) Keris Cerita- mempunyai 9-15 lok.
12) Keris Coban- mempunyai saluran di tengah pangkal matanya dan terdapat jalur spt jarum.
13) Keris Gajah Tikor- ada satu lok dipangkalnya.
14) Keris Ganja Iras-iaitu kalau ganja dan mata keris dibuat secara seiras.
15) Keris Ganja Menumpang- kalau ganja dan keris dibuat berasingan.
16) Keris Ganja Rawan- ganja keris berkerawang.
17) Keris Hanuman- mempunyai bentuk seperti kepala kera di bahagian bawah dagunya.
18) Keris Keris Ikan Pari- matanya dibuat dari sengat ikan pari.
19) Keris Jenova- keris sundang yg ada 7 lok.
20) Keris Jalar Jantan- ada mata lurus serta terletak mereng sikit dari ulu.
21) Keris Lamba- ada 3 lok
22) Keris Lemona- ada 19 lok.
23) Keris Langsuyar Bisa- keris yg ada 5 lok serta ganja yg licin.
24) Keris Lidah- keris yg ada daya lentur dan kemungkinan tidak banyak.
25) Keris Lipan- pamor yg terletak pada bahagian kedua belah matanya.
26) Keris Melela- memiliki mata yg licin.
27) Keris Naga- mempunyai bentuk naga dikedua belah matanya.
28) Keris Pandak- mata yg pendek.
29) Keris Parong- mempunyai lok dari 21-29.
30) Keris Parong Sari- mempunyai 7 lok atau kurang. Dalam kitab Hang Tuah ada sebut pasal keris ni.
31) Keris Penimbul- ada 5 lok
32) Keris Raja Laut- keris sundang yg mempunyai mata lurus.
33) Keris Rantai- keris sundang yang ada 9 lok-19 lok.
34) Keris Sapukal- mempunyai mata yg lurus.
35) Keris Sempana- mempunyai 3,5, sampai 7 lok.
36) Keris Sempena Bisu- mempunyai mata yg lurus.
37) Keris Sempana Keling.
38) Keris Sonak Udang-keris dan Patani mempunyai 3 lok.
39) Keris Suku Bekang- matanya serupa mcam mata sudip.
40) Keris Sulok Belingkong- keris sundang 3 lok.
41) Keris Tambang Sari- ada 13-15 lok.
42) Keris Terasik- ada 9-13 lok.
43) Keris Terjewa- keris kebesaran negeri Perak. Mempunyai 1-3 lok dihujung keris.
44) Keris Tetarapan- keris yg mempunyai lubang panjang di matanya, kononnya luka lagi parah dari keris biasa.
45) Keris Tuasik- ada 5-9 lok.
46) Keris Ular Lidi- mempunyai mata yang picik tp berkelok mcam ular lidi.


Errrrrrr, yang ni tak tau pulak jenis apa.....cikgu, tolongggggggg.......hehehe =P

kembar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Okey, bila baca mesti terfikir pasal adik kembar dan saudara kembar. Tapi, tahukah kita bahawa setiap manusia telah mempunyai kembar kita sendiri apabila kita lahir.. Yup..kembar tu dinamakan qarin. Apa tu Qarin? Qarin tu kembar la kan. Okey, sambung lg next entry.Hehehehhe =D

Allah telah mencipta setiap manusia mempunyai jinnya sendiri, iaitu saudara kembar kita dari kita lahir hinggalah kita meninggal dunia. Disebabkan terlalu rapat, maka ia digelar Qarin( bahasa arab).Ia akan menjadi teman kita pada setiap masa, dan dimana-mana sahaja.. Senang cerita, apa yg kita buat, qarin mesti ikut jugak..Tak kira yg baik atau jahat. Tapi sifat Qarin ni adalah mengajak kita buat jahat dan menahan kita dari buat kebaikan. Sebab tu, Allah telah mengimbangkannya dengan malaikat. Korang pernah tak bercakap dalam hati bila nak buat sesuatu. Contohnya, bila malas belajar, mesti hati cakap kena rajin belajar, exam dah dekat.. Tu la contoh antara godaan Qarin. Jadi terpulang kat korang nak ikut mana satu..Tepuk dada, tanya selera.

Mafhum sabda Rasullullah s.a.w. daripada Abdullah bin Mas'ud r.a:

"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, " Engkau juga ya Rasullullah "sabdanya " Ya aku juga ada, tapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."