16 March 2013

Journey to Knowledge 1

Alhamdulilah pada beberapa minggu yg lalu, aku serta rakan2 telah berkesempatan utk pergi bertapa di rumah pengetua di kawasan UMP Pekan..  Perjalanan pertama kali ini kunamakan JOURNEY TO KNOWLEDGE 1 ..hehehehe =D


Dengan berbekalkan beg sandang dan duit yang yang nyawa-nyawa ikan, kami berjaya jugak pergi bertapa "sekejap.." 


gambang - kuantan = rapid (percuma)

kuantan -pekan = rapid (percuma)

pekan - ump = thanx wan n ieda sbb ambik kami di terminal..kalau tak, tidur terminal la  gamaknya..huhu



Menunggu ketibaan En Wan.. sila abaikan muke ketat disitu (cuaca panas)


ketibaan kami disambut oleh panglima Aaisy dengan senjata beliau " mon cindai"



"jemput makan, pancake bujang je" kata aaisy (tapi masalahnya, pancake tu hanyalah tepung yg x dimasak lg,xpe-xpe jasa anda dihargai panglima aaisy =)



mayang gesit aka chopstick utk mkan megi hadiah dr pertapa =P



senaman  mengambur longkang oleh panglima aaisy telah dihadiahkan 3 jahitan di dagunya =(


p/s: kalau dalam aktiviti silat, "sekejap" kami bermakna separuh hari..huhuhu  alhamdulilah selesai bertapa pada 10 malam..

13 March 2013

Siapa nama kamu? Siapa nama ibu kamu?

Seperti yang kita tahu, apabila seorang ahli gayong yang akan menjalani majlis adat perlimau tapak akan ditanyakan soalan seperti "siapa nama kamu?, siapa nama ibu kamu?". Pernah tak kita berfikir apakah tujuan ditanyakan sebegitu..Hmmm, seperti orang lain, aku juga pernah tertanya-tanya macam tu.

Sebagai seorang manusia, memang menjadi lumrah kita dilahirkan oleh seorang perempuan yang digelar mak/ ibu /umi/ bonda dan sebagainya. Kalau cakap tak lahir dari mak berkemungkinan besar anda dari keturunan alien atau anak buluh betong. =D

Okey, cukup merepek. Sebenarnya, entri kali ni, aku nak kongsi perasaan sikit tentang keturunan. Ya, keturunan.. Pernah tak dengar jika seseorang tu masuk silat, maknanya keturunannya ataupon nenek moyang pun seorang pengamal silat satu masa dulu?? 

Mungkin ada diantara kita akan berkata, "ala, keturunan sume tu tak penting"..tetapi bagi aku, ia sangat penting. Sedangkan untuk memilih pasangan hidup pun terdapat empat perkara yg diutamakan dan keturunan adalah salah satunya.

Bagi golongan yang berilmu, adakalanya mereka dapat "scan" keturunan seseorang itu... tapi, bagaimanapun perkara ini tidak disebarkan disebabkan pelbagai perkara. Kalau nak senang, kita boleh jugak interview mak atau ayah kita tentang atuk nenek dulu. Adakah mereka juga pernah belajar silat atau pun seorang panglima..hehehhe

Berdasarkan dari guruku, jika keturunan kita dulu merupakan seorang panglima atau pengamal silat, berkemungkinan mereka juga berdoa supaya cucu cicit keturunan mereka juga akan meneruskan amalan mereka ni.. Bercerita tentang keturunan, adakalanya, sesetengah orang akan berbangga bila bercerita. Mungkin mereka dari keturunan panglima, tapi kita seharusnya ingat yang satu ni.. "JANGAN INGAT DARI MANA KITA DATANG, TAPI KEMANA KITA PERGI". tak salah kalau nak tau,tapi niat mesti dibetulkan dulu, jangan sampai salah maksud..

                Panji Semirang-sekadar gambar hiasan


Rasa seronok kan, kalau kita dapat kenal siapa nenek moyang kita dulu-dulu?.. Ada jugak cerita yg katanya jika kita mendapat sakit seperti kanser atau yg sama waktu dengannya kadang-kadang datang dari dendam yg ditujukan kepada moyang kita dulu..tapi, terkena tempias pada anak cucu.. Wallahualam..

marilah kita sama-sama berdoa supaya zuriat keturunan kita nanti akan meneruskan jugak warisan seni silat suatu masa nanti..insha allah.. =)

10 March 2013

hujan emas di negeri orang

Bersambung lagi untuk entry yang baru. Baru-baru ini, yakni semalam =P  kami telah dijemput utk menghadiri Program Komuniti Kejuruteraan Ledang yang bertempat di Bukit Gambir, Johor. Tujuan kami kesana adalah mempersembahkan beberapa demo dari UMP utk diperkenalkan kepada masyarakat setempat.

Antara persembahan yang ada adalah live band, tarian zapin, nyanyian dan yang paling terutamanya adalah demo SILAT.hehehhe... antara demonya adalah bunga tanjung, tempur keris, tempur parang dan golongan 10..
                                                   
                                                          
    Team Naga Rantau UMP yang diamanahkan


Kami bertolak dari UMP pada pagi sabtu, tetapi kerana masalah teknikal yg tidak disengajakan, kami telah terlewat naik bas. Naseb baik berbekalkan kesabaran yang tinggi oleh pakcik bas, kami berjaya juga naik walaupun lewat hampir 1 jam.. Terima kasih pakcik bas, kalau tak, mesti kena jalan kaki la ke gunung ledang tu oii..

Lepas beberapa jam, kami pon smpai dalam pukul 3 setengah dan terus check in di homestay.. Lepas tu, terus pergi rehearsal pulak..

  Masing-masing buat perangai sebab lama sgt duduk dlam bas =P


Eh, diorang lagi

                                                     kenapa la dengan si daus tu??

tempur keris nabil n daus


sesi berdiri semasa trening =D



   terpukau dgn cerita Doraemon beberapa minit sebelum demo..motif???



                                                             bodigad tak bertauliah.. =D


Pukul 9 kami pun membuka tirai persembahan program tersebut.Ini adalah demo yang pertama kali aku lakukan bersama partner baru,  Shafinas aka Pinat..syabas  Cik Pinat kerana telah menunjukkan semangat iltizam yg tinggi.hehe =) Walaupun telah beberapa kali, tetapi perasaan nervous tetap ada, dan kami hanya mampu berserah kepada Yang Maha Kuasa agar permainan kami selamat dari awal hingga keakhir.Pong pang pong pang berjaya la jugak main sampai habis walaupun tak sempurna(pencahayaan kurang.ceh ceh cover)Walaubagaimanapun...jeng jeng jeng..mengikut dari orang berilmu yg berada disitu, semasa pentas kami, terdapat satu delivery service yg ditujukan.Wallahualam..Jadi, Insha Allah perkara tersebut akan menjadi pengajaran dari pihak kami agar membuat sebarang persediaan terlebih dahulu..(siapa suruh lupa kan cikgu dah cakap)


Tahniah dan syabas kepada yang berdemo..Alhamdulilah semua telah berjalan dengan lancar. Thank you for reading!

01 March 2013

tidak berjisim tetapi teramatlah berat

Assalamualaikum...

bersempena dengan kedatangan kunjungan Naga Kayangan UITM Perlis tempoh hari,aku telah didedahkan dengan beberapa teknik2 kegurulatihan.. Selama ni, memang kalau tengok cikgu bagi arahan pada anak murid, nampak senang, tapi susah sebenarnya.

                                                                    credit to cikgu akem for this picture


Kami berlima telah ditugaskan untuk mengawal suara masing2 aka vokal bukan sekadar rupa =p. Pada mulanya kami telah ditugaskan untuk membaca doa buka gelanggang seorang demi seorang. Selepas beberapa org, tibalah giliran aku. Aku terus berlari kesatu sudut dihujung pusat aktiviti pelajar dan memulakan bacaan. Cikgu pula duduk nun dihujung sana. Dengan jarak yg jauh lagi nun disana, terpaksa la aku keluarkan suara JANTANku ini..haha =D..Banyak juga la perkataan yg tersasul tetapi aku berjaya menghabiskan dengan jayanya (ceh! perasan!).

Selepas tu, kami kena pula bagi arahan untuk latihan di gelanggang. Bila bagi pada lelaki mestilah senang kan, sebab suara lelaki memang dah garau lagi kasar (eh, betul la kan) tetapi bila tiba giliran aku,tak payah nak cakap la jantung ni degup lagi laju dari Bugatti Veyron Super Sport 429 km/j(kalau tak percaya boleh tanya Mr. Google). Punya la nak buat bunyi harimau memberi arahan kononnya, keluar lagi suara JANTAN ni..=P  sakit jugak tekak ni, tapi memang puas hati sebab dapat belajar cara memberi arahan dengan betul. Selepas tu, apa lagi semua yg terlibat berlari ke BKSS ( mini mart UMP) utk mendapatkan sebotol air asam jawa (okey, yang ni tipu!).

Tetapi, jauh disudut hatiku berkata sesuatu.chewah! ada sesuatau yang rasa macam berat sangat dalam hati ni. Seorang gurulatih bukan sekadar memberi arahan atau menjadi imam/imamah gelanggang tapi tanggungjawab yang lebih besar. Aku betul-betul bertekad dalam hati, selagi nyawa dikandung badan dan kesihatan mengizinkan, akan kupikul amanah ni hingga akhir hayatku. Walaupun kadang-kadang aku sendiri berfikir mampu ke aku ni? Sekadar budak hingusan je. (hingus pun meleleh-leleh lagi..hahah) tapi..insha Allah.. Harap juga lepas kahwin nanti (ehem ehem) suami aku juga izinkan aku aktif dalam gayong walaupun dah beranak sepuluh..(fuh! banyaknya. x nak xnak)..

Jadi,macam cikgu cakap, dimana bumi yang kamu pijak itu kamu dpat ilmu disitu, kamu sebenarnya bertanggungjawab memberi ilmu kepada orang yang tinggal disitu. Tak dapat banyak sikit pun jadilah.
p/s: terima kasih kepada cikgu akem dan cikgu eddy omar diatas tunjuk ajar.