13 March 2013

Siapa nama kamu? Siapa nama ibu kamu?

Seperti yang kita tahu, apabila seorang ahli gayong yang akan menjalani majlis adat perlimau tapak akan ditanyakan soalan seperti "siapa nama kamu?, siapa nama ibu kamu?". Pernah tak kita berfikir apakah tujuan ditanyakan sebegitu..Hmmm, seperti orang lain, aku juga pernah tertanya-tanya macam tu.

Sebagai seorang manusia, memang menjadi lumrah kita dilahirkan oleh seorang perempuan yang digelar mak/ ibu /umi/ bonda dan sebagainya. Kalau cakap tak lahir dari mak berkemungkinan besar anda dari keturunan alien atau anak buluh betong. =D

Okey, cukup merepek. Sebenarnya, entri kali ni, aku nak kongsi perasaan sikit tentang keturunan. Ya, keturunan.. Pernah tak dengar jika seseorang tu masuk silat, maknanya keturunannya ataupon nenek moyang pun seorang pengamal silat satu masa dulu?? 

Mungkin ada diantara kita akan berkata, "ala, keturunan sume tu tak penting"..tetapi bagi aku, ia sangat penting. Sedangkan untuk memilih pasangan hidup pun terdapat empat perkara yg diutamakan dan keturunan adalah salah satunya.

Bagi golongan yang berilmu, adakalanya mereka dapat "scan" keturunan seseorang itu... tapi, bagaimanapun perkara ini tidak disebarkan disebabkan pelbagai perkara. Kalau nak senang, kita boleh jugak interview mak atau ayah kita tentang atuk nenek dulu. Adakah mereka juga pernah belajar silat atau pun seorang panglima..hehehhe

Berdasarkan dari guruku, jika keturunan kita dulu merupakan seorang panglima atau pengamal silat, berkemungkinan mereka juga berdoa supaya cucu cicit keturunan mereka juga akan meneruskan amalan mereka ni.. Bercerita tentang keturunan, adakalanya, sesetengah orang akan berbangga bila bercerita. Mungkin mereka dari keturunan panglima, tapi kita seharusnya ingat yang satu ni.. "JANGAN INGAT DARI MANA KITA DATANG, TAPI KEMANA KITA PERGI". tak salah kalau nak tau,tapi niat mesti dibetulkan dulu, jangan sampai salah maksud..

                Panji Semirang-sekadar gambar hiasan


Rasa seronok kan, kalau kita dapat kenal siapa nenek moyang kita dulu-dulu?.. Ada jugak cerita yg katanya jika kita mendapat sakit seperti kanser atau yg sama waktu dengannya kadang-kadang datang dari dendam yg ditujukan kepada moyang kita dulu..tapi, terkena tempias pada anak cucu.. Wallahualam..

marilah kita sama-sama berdoa supaya zuriat keturunan kita nanti akan meneruskan jugak warisan seni silat suatu masa nanti..insha allah.. =)

No comments:

Post a Comment