01 March 2013

tidak berjisim tetapi teramatlah berat

Assalamualaikum...

bersempena dengan kedatangan kunjungan Naga Kayangan UITM Perlis tempoh hari,aku telah didedahkan dengan beberapa teknik2 kegurulatihan.. Selama ni, memang kalau tengok cikgu bagi arahan pada anak murid, nampak senang, tapi susah sebenarnya.

                                                                    credit to cikgu akem for this picture


Kami berlima telah ditugaskan untuk mengawal suara masing2 aka vokal bukan sekadar rupa =p. Pada mulanya kami telah ditugaskan untuk membaca doa buka gelanggang seorang demi seorang. Selepas beberapa org, tibalah giliran aku. Aku terus berlari kesatu sudut dihujung pusat aktiviti pelajar dan memulakan bacaan. Cikgu pula duduk nun dihujung sana. Dengan jarak yg jauh lagi nun disana, terpaksa la aku keluarkan suara JANTANku ini..haha =D..Banyak juga la perkataan yg tersasul tetapi aku berjaya menghabiskan dengan jayanya (ceh! perasan!).

Selepas tu, kami kena pula bagi arahan untuk latihan di gelanggang. Bila bagi pada lelaki mestilah senang kan, sebab suara lelaki memang dah garau lagi kasar (eh, betul la kan) tetapi bila tiba giliran aku,tak payah nak cakap la jantung ni degup lagi laju dari Bugatti Veyron Super Sport 429 km/j(kalau tak percaya boleh tanya Mr. Google). Punya la nak buat bunyi harimau memberi arahan kononnya, keluar lagi suara JANTAN ni..=P  sakit jugak tekak ni, tapi memang puas hati sebab dapat belajar cara memberi arahan dengan betul. Selepas tu, apa lagi semua yg terlibat berlari ke BKSS ( mini mart UMP) utk mendapatkan sebotol air asam jawa (okey, yang ni tipu!).

Tetapi, jauh disudut hatiku berkata sesuatu.chewah! ada sesuatau yang rasa macam berat sangat dalam hati ni. Seorang gurulatih bukan sekadar memberi arahan atau menjadi imam/imamah gelanggang tapi tanggungjawab yang lebih besar. Aku betul-betul bertekad dalam hati, selagi nyawa dikandung badan dan kesihatan mengizinkan, akan kupikul amanah ni hingga akhir hayatku. Walaupun kadang-kadang aku sendiri berfikir mampu ke aku ni? Sekadar budak hingusan je. (hingus pun meleleh-leleh lagi..hahah) tapi..insha Allah.. Harap juga lepas kahwin nanti (ehem ehem) suami aku juga izinkan aku aktif dalam gayong walaupun dah beranak sepuluh..(fuh! banyaknya. x nak xnak)..

Jadi,macam cikgu cakap, dimana bumi yang kamu pijak itu kamu dpat ilmu disitu, kamu sebenarnya bertanggungjawab memberi ilmu kepada orang yang tinggal disitu. Tak dapat banyak sikit pun jadilah.
p/s: terima kasih kepada cikgu akem dan cikgu eddy omar diatas tunjuk ajar.

2 comments: