06 May 2013

KeGiLaAN

Asalamualaikum..lama tak update ni..hari ni nak citer syok sendiri.. Tiba-tiba je rasa aku tengah menggila nak trening sekarang memandangkan dah lama sangat tak trening. Asek busy wat assignment, project, ulang- alik balik rumah dan macam-macam lagi..bla bla bla..

TAPI TAPI TAPI... ada satu benda yang terpikir dalam fikiran yang ada dalam otak sekarang ni..nak trening  sekarang. TAPI jam laptop menunjukkan 11.17pm. Ni tak termasuk jam tangan lagi kan.. Boleh tak nak pusingkan jarum jam ni tukar jadi pukul 5.00 pm so aku boleh trening dengan sesuka hatinya di blok w.. hehehhe..angan-angan hanya tinggal angan-angan..(sila abaikan penggunaan kata ganda kuasa dua tersebut,, =P )


Aishhhhhh... sebagai seorang serikandi la konon kan dalam gayong aka perempuan yang belajar dalam silat gayong kadang2 ada la terbit perasaan berkecamuk dalam diri ni ibarat batu menghempas ke pantai, (ceh ceh) nak je terer cam lelaki jugak..Laki boleh MENGAMBUR 7/8 orang, buat BACKFLIP, buat FRONTFLIP, buat la apa2 pun selalunya mesti boleh buat.. TAPI kenapa POMPUAN salu cakap " ko laki boleh la buat,,, aku pompuan, mana boleh..." Kenapa aku boleh terpikir camtu? sebab aku pun pompuan jugak.....


TAPI....



Bila difikirkan balik, Cikgu Siti Kalsom dulu boleh je buat kan? kan? Maksudnya perempuan dan laki pun semua boleh buat kalau berusaha.. Tapi selalunya pompuan ni susah sikit nak terima input sebab yang kuar bnyak output..heheheh 





Pastu kan, pernah tak korang rasa nak trening giler-giler sampai tak kisah apa pon yang akan terjadi.. Contohnya, nak try mengambur sampai jatuh banyak kali pon, terkehel leher pon x peduli..asalkan dpat mengambur dengan cunnya macam orang lain.. masa kombat, nak pukul kuat-kuat, sepak kuat-kuat (tapi dengan teknik yang betul)...masa buat kunci nak kunci org betul2 smpai dia rasa sakit..pastu bila kawan korang tegor cakap "oittt, saket kot aku ko buat"..pastu masa tu korang pon cakap aku buat sikit je tadi, sakit ker? sori la ek?...hahahahah aku pon ade gak la wat camtu dulu..tapi tu semua sebab kegilaan aku..aku pon tak tahu la napa jadi camnie....


Kalau pasal silat je mesti aku bersemangat gila-gila nak pergi trening walaupon sebelum tu kena jawab test dulu.. Salunya, mesti aku teringat kat gelanggang, org dah datang ke belom ke padahal kertas depan mata buat-buat tak nampak..pastu habis je jawab paper, terus lari balik nak pergi tukar baju silat takut trening dah start kan.. Pastu mesti ada la kawan tanya nak pegi mane..bila jawab nak pergi silat, mesti kata ish die ni, test pon nak pergi ke? mmmmm..nak wat camne kan kalau korang memang dah jatuh cinta dgn silat ni <3


Pastu punyalah berkobar-kobar nak datang trening, last-last sampai je kat tempat trening..tooot toott..bunyi cengkerik jap..yang baru datang ada 2-3 orang je..Ada la jugak rasa kecewa tu kan..tapi biarlah..semoga mereka insaf..hahaha (tetiber jer) datang panaskan badan, pastu buat kombat ke, asas gerakan ke, pastu dah penat..heheheh..aishh, kenapa la kita tak menggunakan masa trening untuk menggila sepenuhnya ye? mmmmmm..mungkin badan masing2 pon perlu dicharge sebab masa siang kita padat dgn jadual kan..


AUTAMAN pon kena dicharge, inikan pula kita? hehehhehe =P


So, conclusion nyer sekarang jam dah menunjukkan pukul 11.51pm.... oleh itu saya menyeru dan menggesa semua orang supaya menggunakan masa trening sebaik-baiknya..maksimumkan masa, jangan banyak berborak, banyak buat lawak sampai tak tau ni time trening ke time maharaja lawak..hohoho.. aku pon suke je gelak-gelak masa trening ni..

Pasni harap semua org boleh la sedaya upaya menggilakan diri kita supaya dapat trening dgn lebih sesungguhnya..


#TAGLINE terbaru= JOM GILA SILAT..hehehheh =)

Yang benar, 

saya yang masih lagi waras =)

---> sila abaikan penggunaan kata-kata pasar bg ayat diatas


No comments:

Post a Comment